Faktor kes Saban tahun, masyarakat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya dengan mengadakan rumah terbuka. Tidak kiralah rumah terbuka berskala kecil mahupun besar, penganjuran aktiviti ini sering dilakukan dengan gah sekali. Walau bagaimanapuun, disebalik kemeriahan tradisi unik sepanjang bulan syawal ini, isu pembaziran makanan bukan lagi perkara asing, bahkan sudah dianggap biasa dalam majlis rumah terbuka. Ramai juga yang mengabaikan risiko pembaziran makanan yang berlaku selepas tamatnya majlis rumah terbuka tersebut. Persoalannya, apakah yang menjadi faktor kepada tabiat buruk ini? Jawapannya, nafsu. Tabiat orang kita yang terlalu mengikut nafsu semasa menghadiri majlis itu menjadi punca banyak makanan dibuang, malah yang menyedihkan ada makanan diambil tetamu tidak dijamah pun oleh mereka. Ramai yang rambang mata dan tidak sabar apabila melihat deretan makanan seperti sate, kambing bakar, kuetiau dan mi goreng yang disediakan. Selalu kita lihat seorang tetamu yang mengambil
Comments
Post a Comment