PENGENALAN
Peningkatan sisa makanan bukan sahaja merupakan satu masalah alam
sekitar tetapi juga berkait dengan ekonomi, politik, teknologi dan moral. Peningkatan
sisa makanan memberikan tekanan kepada sumber tanah, air, udara serta
menyumbang kepada pemanasan global. Misalnya, pembuangan satu ketul
daging hamburger adalah
bersamaan dengan pembaziran air ketika mandi selama 90 minit. Ini merupakan
satu contoh mudah untuk melihat tekanan isu sisa makanan terhadap sumber air.
Dari segi ekonominya pula, kos untuk menghasilkan atau mendapatkan makanan
adalah tinggi. Misalnya pada 2018, jumlah keseluruhan import produk pertanian
bagi Malaysia telah mencecah USD18.5 bilion. Kos untuk menguruskan sisa pepejal
(termasuk sisa makanan) di Malaysia juga tinggi iaitu sebanyak RM2 bilion.
Isu moral
di sebalik peningkatan sisa makanan adalah lebih menggusarkan. Ada yang
menyebut bahawa “food waste is the world’s dumbest problem.” Apabila makanan
dibazirkan maka berlaku pembaziran sumber yang telah digunakan untuk
menghasilkan makanan tersebut. Bukan itu sahaja, ia juga satu pembaziran dari
segi tenaga dan akal fikiran yang telah digerakkan untuk memikirkan cara dan
usaha untuk memastikan adanya makanan untuk manusia. Lebih menyedihkan ialah
apabila makanan itu dibuang, ini bermakna kita sedang menidakkan atau mengambil
hak orang lain, yang mungkin boleh menikmati makanan tersebut. Di seluruh dunia
terdapat 1 bilion orang yang tidak mempunyai akses terhadap makanan berzat. Di
sekeliling kita juga terdapat ramai orang yang hidup dalam kesusahan. Masalah
peningkatan sisa makanan dalam kalangan pengguna atau isi rumah merupakan
masalah yang ketara di negara-negara maju dan negara-negara membangun
berpendapatan pertengahan-atas (upper-middle-income developing countries) seperti Malaysia.
Comments
Post a Comment