KES 1:1,500 mangkuk laksa dibuang sia-sia
FAKTOR KES
Sebanyak 1500 mangkuk
dimasak dan dibuang untuk mecipta rekod Malaysia Book of Records adalah sikap
yang kurang timbang rasa dan tidak bertanggungjawab. Laksa Sarawak yang
mencipta rekod tersebut telah dibuang atas sebab tidak sihat untuk dimakan
seperti mana yang dilaporkan oleh The Borneo Post. Tujuan aktiviti ini
dilancarkan tercapai dan berjaya direkodkan dalam Malaysia Book of Records,
juadah tersebut yang dimasukkan dalam mangkuk sedalam 1.3 meter mengandungi
bahan asas hidangan popular itu. Ia mengandungi 100kg rencah laksa Sarawak,
225kg laksa beras, 90kg udang, 1,008 biji telur dan 80kg ayam. Laksa Sarawak
terbesar mengambil masa 18 jam untuk disediakan oleh 15 tukang masak
KESAN KES
Kesan dari kes ini, banyak
makanan serta bahan basah disia-siakan begitu saja. Makanan tersebut
disia-siakan tanpa dimakan. Pembaziran yang sangat teruk telah berlaku. Ia juga
telah menunjukkan sikap yang tidak beranggungjawab terhadap seseorang individu
kerana telah melakukan pembaziran. Sedangkan masih ramai rakyat di Malaysia
kekurangan makanan.
SOLUSI KES
Bagi menyelesaikan kes ini, 9 Agensi kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar bagi membendungkan isu pembaziran makanan yang semakin ketara pada hari ini. Namun begitu, penyelesaian masalah ini tidak harus menjadi tanggungjawab kerajaan sahaja tetapi punca bagi isu tersebut adalah bermula dalam diri kita sendiri. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi mengatasi masalah ini dengan mengamalkan sikap menghargai makanan dan mendidik anakanak agar tidak membazirkan makanan. Kita boleh memberi ilmu dan sumber maklumat bahawa betapa susah untuk menyediakan makanan yang kita nikmati pada hari ini, maka kanak dan remaja dapat berfikir sebelum bertindak. Secara amnya, kita perlu menanamkan sikap berjimat cermat dengan mengambil makanan dalam jumlah yang diperlukan, kesederhanaan adalah diperlukan untuk mengambil amaun makanan yang cukup sahaja. Selain itu, perancangan dan penyenaraian pembelian barangan dapur adalah penting supaya tiada sebarang makanan dibuang kerana tidak segar.
PENGAJARAN KES
Pengajarannya, setiap
tindakan dilakukan oleh seseorang akan memberi kesan kepada fikiran atau
tindakan orang lain. Intipatinya, jika kita mengamalkan nilai keserdahanaan dan
mengurangkan pembaziran, maka impak akan diberi kepada orang sekeliling. Pada
realitinya, negara Malaysia memang kaya dengan sumber makanan tetapi hal ini bukan
faktor yang menyumbang kepada pembaziran dan sikap boros pengguna. Isu-isu yang
dibincangkan telah memberi impak terhadap perlakuan saya dalam kehidupan
seharian. Kadang-kala kita harus fikir nasib golongan miskin yang hidup
merempat, susah tanpa makanan sedangkan hidup kita yang berlebih-lebihan.
Berhemah dengan menghindari diri daripada pengambilan makanan yang
berlebih-lebihan sehingga tidak dapat dihabiskan
RUMUSAN KES
Secara amnya, budaya
tersebut adalah berpunca daripada sikap masyarakat yang suka berbelanja besar
ketika membeli barang-barang makanan dan beranggapan bahawa tiada ruginya
sekiranya makanan tersebut dibuang. Kegagalan untuk merancang bagi membeli
barangan dapur mengakibatkan sesetengah barangan makanan yang dibeli tidak
digunakan sehinggakan ianya terpaksa dibuang kerana telah luput. Sifat tamak
haloba juga mendorong kepada pembaziran makanan terutamanya berlaku sempena
majlis-majlis jamuan terbuka dan majlis berbuka puasa. Pengambilan juadah yang
banyak gara-gara mengikut hawa nafsu dan perut yang lapar mengakibatkan makanan
diambil dalam kuantiti yang banyak dan akhirnya tidak habis dimakan dan
seterusnya dibuang ke dalam tong sampah. Ini menyebabkan pembaziran apabila
makanan terpaksa dibuang kerana tiada siapa yang mahu makan lebihan makanan
orang lain.
Rujukan ringkas :
malaymail.com,2016
Comments
Post a Comment