KES 3: PEMBAZIRAN MAKANAN KETIKA RAMADHAN
Faktor kes
Pembaziran
makanan boleh berlaku di setiap peringkat pengunaan. Hasil tani yang segar,
seperti sayur-sayuran serta buah-buahan selalunya akan melalui proses
penggredan. Proses penggredan bukan sahaja melihat kepada kualiti tetapi juga
saiz serta rupa bentuk. Hasil tani yang tidak memenuhi kriteria ini mungkin
akan dibuang. Pengguna, terutamanya di negara maju amat prihatin akan kesemua
kriteria ini. Maka, tidak hairanlah apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) dalam analisisnya menganggarkan sebanyak 17% daripada hasil tanah di
utara benua Amerika dibuang kerana tidak memenuhi standard dan saiz yang
dikehendaki oleh pasaran.
Pembaziran makanan juga berlaku kerana kurangnya kecekapan dalam proses pengendalian makanan. Sayur-sayuran serta buah-buahan contohnya mempunyai hayat simpan yang pendek. Oleh itu, sistem pengangkutan serta logistik yang lemah akan melambatkan penghantaran sayur-sayuran serta buah-buahan ke pasaran. Hasilnya, produk-produk ini hanya akan mampu bertahan dalam tempoh masa yang singkat apabila sampai ke pasaran. Dalam pemerosesan makanan, bukan semua bahagian sesuatu makanan itu akan digunakan. Contohnya, berdasarkan diet serta citarasa telah melihat kepada penjualan ayam hanya pada bahagian tertentu sahaja. Bagi pengguna, ini merupakan penjimatan daripada pembaziran bahagian-bahagian ayam yang tidak dimakan atau tidak disukai.
Kesan Kes
Pembaziran
makanan bukan sahaja melibatkan isu pembaziran perbelanjaan harian individu dan
isi rumah, malah juga melibatkan kos kepada negara. Makanan yang dibuang, perlu
diproses untuk dilupuskan. Pada masa ini, sedia wujud sebanyak 296 tapak
pelupusan sisa pepejal di Malaysia. Belanjawan 2017 telahmemperuntukkan kos
pengurusan sisa pepejal melebihi RM2b. Kos perbelanjaan sebanyak RM1.3b setiap
tahun pula diperlukan untuk pengurusan sisa pepejal di beberapa negeri di
Malaysia.
Dari
segi alam sekitar, pembuangan yang kemudiannya diikuti dengan pereputan sisa
makanan menyumbang kepada penghasilan Greenhouse Gas (GHG) yang menyumbang
kepada pemanasan global, iaitu sebanyak 12% daripada jumlah keseluruhan
penghasilan GHG di Malaysia. Tapak pelupusan sisa juga adalah punca utama
pelepasan gas metana di Malaysia, gas perosak lapisan ozon yang utama.
Pembaziran
makanan juga boleh memberi kesan kepada imbangan dagangan Malaysia, iaitu
prestasi eksport yang akan ditenggelami oleh jumlah import yang tinggi, lantas
menambah aliran keluar matawang Malaysia. Dalam tempoh masa 10 tahun yang lalu,
jumlah import makanan keseluruhannya telah meningkat dengan mendadak daripada
RM17.8b pada 2005 kepada RM45.4b pada 2015. Ini menunjukkan purata peningkatan
sebanyak 9.8% setahun. Pada tahun 2015 sahaja, import sayuran dan buah-buahan
bernilai RM7.5b (16.5% daripada jumlah import makanan); tenusu dan telur
(RM3.5b, 7.7% daripada jumlah import makanan); ikan dan makanan laut (RM3.5b,
7.7% daripada jumlah import makanan); dan daging (RM3.4b, 7.5% daripada jumlah
import makanan). Pengimportan daging menunujukkan peningkatan paling tinggi
iaitu sebanyak 228.2% daripada RM1.1b pada 2005 kepada RM3.4b pada 2015. Dalam
tempoh yang sama, pengimportan sayuran dan buah-buahan pula meningkat sebanyak
222.4%.
Solusi kes
Oleh
itu, jika diteliti dengan lebih mendalam, berhemah dalam berbelanja untuk
makanan bukan sahaja boleh menyumbang kepada penjimatan belanja harian isi
rumah, malah ianya juga boleh membantu negara dalam usaha untuk mengurangkan
perbelanjaan untuk memproses sisa pepejal. Di samping itu, ianya juga dapat
membantu dalam usaha kita mengurangkan impak negatif yang boleh terhasil dari
pembaziran makanan kepada alam sekitar. Diharapkan bulan Ramadhan yang
mendatang ini dapat meneruskan usaha kita untuk mengurangkan pembaziran
makanan.
Pengajaran kes
Dalam hal ini, kemahiran adalah penting
dalam pengurusan makanan di rumah, iaitu dalam konteks perancangan, pembelian
dan penyimpanan makanan. Perancangan meliputi penyusunan menu dan masakan.
Keluarga perlu menyusun menu untuk jangka masa tertentu, misalnya secara
mingguan atau bulanan, sekali gus boleh merancang pembelian makanan lebih
teratur. Perancangan menu mempengaruhi pembelian makanan. Oleh itu, satu
senarai pembelian barang makanan boleh dibuat berdasarkan menu disusun yang
dapat membantu memudahkan urusan pembelian, mengelak pembelian berlebihan dan
pastinya lebih menjimatkan.
Rumusan kes
Secara ringkas, ilmu dan kemahiran
penting untuk mengurangkan pembaziran makanan. Usaha ini boleh diperkemas lagi
dengan melihat makanan dari sudut nilai kepada kehidupan manusia agar
masyarakat lebih menghargai makanan. Asasnya mudah, iaitu makanan penting dan
semua orang perlu makan. Namun berpada-padalah, jangan sampai membazir.
Rujukan ringkas: Berita Harian, 26 Mei 2017
Comments
Post a Comment