PENGENALAN
Peningkatan sisa makanan bukan sahaja merupakan satu masalah alam sekitar tetapi juga berkait dengan ekonomi, politik, teknologi dan moral. Peningkatan sisa makanan memberikan tekanan kepada sumber tanah, air, udara serta menyumbang kepada pemanasan global. Misalnya, pembuangan satu ketul daging hamburger adalah bersamaan dengan pembaziran air ketika mandi selama 90 minit. Ini merupakan satu contoh mudah untuk melihat tekanan isu sisa makanan terhadap sumber air. Dari segi ekonominya pula, kos untuk menghasilkan atau mendapatkan makanan adalah tinggi. Misalnya pada 2018, jumlah keseluruhan import produk pertanian bagi Malaysia telah mencecah USD18.5 bilion. Kos untuk menguruskan sisa pepejal (termasuk sisa makanan) di Malaysia juga tinggi iaitu sebanyak RM2 bilion. Isu moral di sebalik peningkatan sisa makanan adalah lebih menggusarkan. Ada yang menyebut bahawa “ food waste is the world’s dumbest problem .” Apabila makanan dibazirkan maka berlaku pembaziran sumber y