Posts

Showing posts from June, 2021

PENGENALAN

       Peningkatan sisa makanan bukan sahaja merupakan satu masalah alam sekitar tetapi juga berkait dengan ekonomi, politik, teknologi dan moral. Peningkatan sisa makanan memberikan tekanan kepada sumber tanah, air, udara serta menyumbang kepada pemanasan global. Misalnya, pembuangan satu ketul daging  hamburger  adalah bersamaan dengan pembaziran air ketika mandi selama 90 minit. Ini merupakan satu contoh mudah untuk melihat tekanan isu sisa makanan terhadap sumber air. Dari segi ekonominya pula, kos untuk menghasilkan atau mendapatkan makanan adalah tinggi. Misalnya pada 2018, jumlah keseluruhan import produk pertanian bagi Malaysia telah mencecah USD18.5 bilion. Kos untuk menguruskan sisa pepejal (termasuk sisa makanan) di Malaysia juga tinggi iaitu sebanyak RM2 bilion.         Isu moral di sebalik peningkatan sisa makanan adalah lebih menggusarkan. Ada yang menyebut bahawa “ food waste is the world’s dumbest problem .”  Apabila makanan dibazirkan maka berlaku pembaziran sumber y

KES 1:1,500 mangkuk laksa dibuang sia-sia

      FAKTOR KES                  Sebanyak 1500 mangkuk dimasak dan dibuang untuk mecipta rekod Malaysia Book of Records adalah sikap yang kurang timbang rasa dan tidak bertanggungjawab. Laksa Sarawak yang mencipta rekod tersebut telah dibuang atas sebab tidak sihat untuk dimakan seperti mana yang dilaporkan oleh The Borneo Post. Tujuan aktiviti ini dilancarkan tercapai dan berjaya direkodkan dalam Malaysia Book of Records, juadah tersebut yang dimasukkan dalam mangkuk sedalam 1.3 meter mengandungi bahan asas hidangan popular itu. Ia mengandungi 100kg rencah laksa Sarawak, 225kg laksa beras, 90kg udang, 1,008 biji telur dan 80kg ayam. Laksa Sarawak terbesar mengambil masa 18 jam untuk disediakan oleh 15 tukang masak KESAN KES                  Kesan dari kes ini, banyak makanan serta bahan basah disia-siakan begitu saja. Makanan tersebut disia-siakan tanpa dimakan. Pembaziran yang sangat teruk telah berlaku. Ia juga telah menunjukkan sikap yang tidak beranggungjawab terhadap s

KES 2: RAKYAT MALAYSIA SUKA BUANG, BAZIR MAKANAN

  Faktor kes          Pembaziran makanan di kalangan masyarakat negara ini semakin membimbangkan malah di peringkat kritikal, demikian menurut Ketua Sekretariat MySaveFood, Dr Ainu Husna MS Suhaimi. Beliau merujuk kepada data yang dikeluarkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) pada tahun lepas yang menunjukkan sisa makanan adalah komponen pepejal tertinggi dibuang di tapak pelupusan sampah iaitu sebanyak 55%. Rakyat Malaysia dilaporkan membuang tidak kurang 3,000 tan metrik makanan yang masih boleh dimakan setiap hari dan jumlah itu bertambah pada musim perayaan. Pada Ramadan tahun ini, SWCorp merekodkan 615,000 tan metrik makanan dibazirkan.   Kesan kes         Menurut Ainu, pembaziran ini bukan sahaja di peringkat pengguna sahaja tetapi turut berlaku di bahagian pengeluaran makanan seperti di ladang yang dinamakan kehilangan lepas tuai. Kehilangan lepas tuai bagi sayuran dan buah-buahan biasanya mencatatkan antara 20 hingga 50%. Ini jelas mempe

KES 3: PEMBAZIRAN MAKANAN KETIKA RAMADHAN

  Faktor kes Pembaziran makanan boleh berlaku di setiap peringkat pengunaan. Hasil tani yang segar, seperti sayur-sayuran serta buah-buahan selalunya akan melalui proses penggredan. Proses penggredan bukan sahaja melihat kepada kualiti tetapi juga saiz serta rupa bentuk. Hasil tani yang tidak memenuhi kriteria ini mungkin akan dibuang. Pengguna, terutamanya di negara maju amat prihatin akan kesemua kriteria ini. Maka, tidak hairanlah apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam analisisnya menganggarkan sebanyak 17% daripada hasil tanah di utara benua Amerika dibuang kerana tidak memenuhi standard dan saiz yang dikehendaki oleh pasaran. Pembaziran makanan juga berlaku kerana kurangnya kecekapan dalam proses pengendalian makanan. Sayur-sayuran serta buah-buahan contohnya mempunyai hayat simpan yang pendek. Oleh itu, sistem pengangkutan serta logistik yang lemah akan melambatkan penghantaran sayur-sayuran serta buah-buahan ke pasaran. Hasilnya, produk-produk ini hanya akan

Kes 4: Pembuangan 16,680 tan makanan sehari dalam kalangan rakyat Malaysia pada tahun 2014

  Faktor kes             Antara punca berlakunya pembaziran makanan dalam khalayak masyarakat di negara kita adalah sikap masyarakat kita yang gemar berbelanja besar ketika pembelian barang-barang makanan. Kebanyakan dari mereka beranggapan bahawa ia tidak begitu merugikan mereka sekiranya makanan yang mereka telah beli itu dibuang ke dalam tong sampah.            Selain itu, tiada perancangan rapi yang dibuat oleh masyarakat sebelum mereka keluar membeli barangan dapur. Kesan daripada itu, sesetengah barangan makanan yang dibeli tidar diguna pakai sehingga barang barang pembelian tersebut dilupuskan selepas tarikh luputnya.            Akhir sekali, sifat tamak haloba masyarakat, lebih-lebih lagi apabila mereka hadir pada majlis-majlis jamuan terbuka serta majlis berbuka puasa. Segelintir besar daripada mereka mengambil juadah yang begitu banyak melebihi kemampuan mereka untuk menghabiskannya. Hal ini disebabkan oleh kehendak mereka yang mengikut hawa nafsu dan perut mereka yan

KES 5: RUMAH TERBUKA IBARAT PESTA PEMBAZIRAN MAKANAN

Faktor kes Saban tahun, masyarakat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya dengan mengadakan rumah terbuka. Tidak kiralah rumah terbuka berskala kecil mahupun besar, penganjuran aktiviti ini sering dilakukan dengan gah sekali. Walau bagaimanapuun, disebalik kemeriahan tradisi unik sepanjang bulan syawal ini, isu pembaziran makanan bukan lagi perkara asing, bahkan sudah dianggap biasa dalam majlis rumah terbuka. Ramai juga yang mengabaikan risiko pembaziran makanan yang berlaku selepas tamatnya majlis rumah terbuka tersebut. Persoalannya, apakah yang menjadi faktor kepada tabiat buruk ini? Jawapannya, nafsu. Tabiat orang kita yang terlalu mengikut nafsu semasa menghadiri majlis itu menjadi punca banyak makanan dibuang, malah yang menyedihkan ada makanan diambil tetamu tidak dijamah pun oleh mereka. Ramai yang rambang mata dan tidak sabar apabila melihat deretan makanan seperti sate, kambing bakar, kuetiau dan mi goreng yang disediakan. Selalu kita lihat seorang tetamu yang mengambil

RUJUKAN

RUJUKAN 1. http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2019/11/20/sikap-merupakan-punca-utama-peningkatan-sisa-makanan/ 2. https://docplayer.info/48393106-Isu-pembaziran-makanan-di-malaysia.html 3.  http://www.krinstitute.org/ Views-@-Pembaziran_Makanan_ dan_Kesan_Kepada_Negara.aspx 4. https://www.freemalaysiatoday. com/category/bahasa/2018/10/ 17/rakyat-malaysia-suka-buang- bazir-makanan/ 5. https://www.slideshare.net/ moariff86/14112014-rumi- elakkan-pembaziran-kurangkan- penjanaan-sisa-makanandoc    

LAMPIRAN

Image